terma & syarat
e-Dermawan Malaysia mengenakan beberapa syarat mudah untuk para peserta yang ingin menyertai program ini. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Setiap peserta mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Modal untuk anda menjadi 'reseller' adalah RM45 sahaja. Anda boleh membeli lebih daripada satu akaun.
- e-Dermawan tidak terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, Skim Cepat Kaya, Pelaburan Internet, dan yang seangkatan dengannya. e-Dermawan tidak pernah mengambil apa-apa deposit daripada orang ramai untuk dilaburkan.
- Pihak e-Dermawan tidak menjanjikan semua peserta akan mendapat keuntungan yang besar daripada jumlah modal yang anda keluarkan. Ini kerana hasil yang akan anda perolehi bergantung kepada usaha kumpulan masing-masing.
- Setiap 'reseller' hanya boleh menaja 10 orang sahaja secara terus (direct). Kemudian apabila 'reseller' tersebut menaja orang yang ke-11, orang tersebut akan diletakkan di bawah downline level 1 dengan cara random spillover. Sesiapa yang berada di bawah rangkaian 'reseller' yang rajin adalah amat beruntung kerana akan sentiasa mendapat (spill over) daripada 'reseller' tersebut.
- Bagaimana cara (spill over) itu dilakukan? - Caranya mudah sahaja; apabila laman web 'reseller' yang telah menaja lebih 10 orang itu dilayari, laman web tersebut akan terus (redirect) secara random untuk mencari 'reseller' di peringkat bawah yang belum berjaya mencari 10 orang. Sekiranya semua 10 'reseller' tersebut telah berjaya mencari 10 orang, komputer akan (redirect) ke peringkat seterusnya, dan seterusnya sehinggalah terjumpa 'reseller' yang terakhir. Oleh yang demikian, sistem ini memberi peluang kepada 'reseller' baru untuk mendapat pulangan yang lebih cepat. [untuk ilustrasi yang lebih jelas, sila klik di sini]
- Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan semua 'reseller' mampu menaja sampai 10 orang. Malah ada yang tidak mampu menaja langsung. Oleh sebab itu sekiranya sistem ini tidak dihadkan, hanya segelintir sahaja yang akan mendapat keuntungan yang besar sedangkan setiap 'reseller' mengeluarkan modal yang sama banyak untuk berniaga.
PERBEZAAN ANTARA SISTEM KAMI DENGAN PLAN PIRAMID (MATRIX)
- Yang pertama sekali, anda tak perlu berada di 'top position' untuk mendapat keuntungan yang tinggi.
- 'Reseller' yang rajin menaja akan mendapat keuntungan yang tinggi, melebihi 'reseller' di 'top position'.
- 'Reseller' yang malas akan mendapat imbuhan 'spill over'.
CONTOH:
SOALAN:
1. Berdasarkan gambarajah di atas, berapakah pendapatan Top Reseller? Jawapan: RM80.00
2. Berapakah pendapatan Reseller rajin? Jawapan: Maksimum RM111,100.00
3. Berapakah pendapatan downline Reseller rajin? Jawapan: RM11,100.00 dan semakin meningkat
4. Adakah plan pemasaran di atas adalah plan piramid? Jawapan: TIDAK - 'reseller' yang telah berjaya menaja lebih 10 orang boleh mendaftar sekali lagi dalam program ini bila-bila masa sahaja. Beliau tidak boleh join di bawah diri sendiri kerana komputer telah redirect ke rangkaian bawah. Ini bermakna 'reseller' tersebut mesti berkongsi keuntungan dengan 'reseller' yang dia taja suatu waktu dahulu (ada gap satu peringkat).
- Yang terakhir sekali, sekiranya berlaku kematian di kalangan 'reseller', waris beliau boleh mewarisi akaun di e-Dermawan. Caranya mudah sahaja, hanya perlu login ke akaun di Member Area dan kemaskini maklumat yang baru.
- 1/12/2007 - Jumlah tajaan terus ditambah kepada 20 orang, selepas itu baru spillover.




