soalan lazim

 

SOALAN 1

From: hiz ryn [mailto:hizryn@gmail.com]
Sent: Saturday, September 22, 2007 3:28 PM
To: admin@binaharta.com
Subject: Pertanyaan berkenaan E-Dermawan

Assalamualaikum Mr. Admin,

Seteleh meneliti dari apa yang dicadangkan oleh pihak Tuan, apa yang dilihat, skim yang ditawarkan oleh pihak Tuan tidaklah banyak bezanya dengan skim cepat kaya yang hangat diperkatakan taidak lama dahulu seperti Pak Man Telo, Labu Peram dan yang sewaktu dengannya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_cepat_kaya

Apa yg jelas di sini, program yang dijalankan ini adalah sama seperti Pyramid Scheme ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_piramid ) cuma diberi pendekatan dari konteks yang berlainan. Konsep derma yang diwar-warkan adalah cuma untuk memberi pendakatan yang lebih mesra pengguna.

Ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan kepada pihak Tuan,

1) Berkenaan konteks "derma" di dalam Islam, Penderma yang menderma dengn ikhlas (dituntut) tidak mengharapkan sebarang balasan dalam apa jua bentuk, terserah kepada Allah untuk menentukan ganjaran pahala serta pintu rezki melalui kehendakNYA, tetapi apa yang ditonjolkan di sini, konser "derma" yang dibawa adalah untuk jaminan keuntungan di masa hadapan.

2) " SILA INGAT bahawa program ini masih terus bertahan kerana kepercayaan orang ramai dengan program ini. Program ini tiada kena-mengena dengan mana-mana syarikat MLM , Skim Cepat Kaya , Pelaburan Internet , dan yang seangkatan dengannya. e-Dermawan tidak pernah mengambil apa-apa deposit daripada orang ramai untuk dilaburkan. Oleh itu, mulakan promosi anda sekarang, sebarkan alamat laman web anda secara online ataupun offline dan anda telah mula berniaga.....!!!"

Apakah penjelasan pihak Tuan berkenaa penjelasan kena-mengena dgn pelaburan internet? Apa yang pasti pihak Tuan menyerbarkan risalah /skim ini melalui internet.

3) Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan segala aktiviti pelaburan berasaskan Internet tidak berapa lama dahulu diwaktu Sistem Piramid Swiss Cash runtuh (collapse), apa komen pihak Tuan?

Sekian sahaja pertanyaan dari pihak saya,

Sekian terima kasih.

:: Jawapan ::

Waalaikum mussalam.

Terima kasih atas pandangan yang telah diberikan.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa e-Dermawan bukan skim cepat kaya seperti anggapan pihak tuan. Pihak kami menawarkan produk berupa e-book. Semua peserta yang menyertai e-Dermawan akan menjadi wakil jualan (Reseller) e-book bagi pihak Binaharta. Oleh sebab itu, mereka akan mendapat komisen jualan yang dibayar terus ke akaun Reseller oleh peserta baru. Komisen ini diberi atas usaha mereka mempromosi website Binaharta.

Jika tuan membandingkan e-Dermawan dengan Pak Man Telo dan Labu Peram, tidakkah Tuan terfikir bahawa kedua-dua skim tersebut tidak menawarkan produk di samping wang penyertaan yang mencecah ribuan ringgit. e-Dermawan menjual e-book hanya dengan harga RM20 (sekarang RM45 bermula 1/11/2007) yang dikongsi kepada semua Reseller dan Admin sebagai pengurus.

Ingin saya tegaskan, tidak terdapat perkataan "derma" dalam website binaharta. Semuanya hanya perkongsian keuntungan bersama-sama Reseller. Semua Reseller hendaklah berusaha untuk mempromosi website milik mereka. Kalau tuan membandingkan dengan perlaburan Internet seperti Swiss Cash, tidakkah tuan terfikir bahawa dengan hanya duduk diam, pelabur boleh memperoleh keuntungan tetap setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Namun dalam e-Dermawan, siapa yang berusaha maka dialah yang mendapat hasil seperti juga konsep perniagaan dalam Islam yang menginginkan kita berusaha. Tiada sebarang penipuan yang dibuat oleh Binaharta, kami berniaga dan reseller adalah pembeli.

Sebenarnya ramai orang tersalah anggap pada pelan pemasaran dalam Multi-Level Marketing (MLM). Kebanyakannya mengatakan plan MLM semuanya berbentuk piramid. Untuk pengetahuan Tuan, memang betul semua plan pemasaran berbentuk piramid, tetapi dari segi hirarki dan jaringan sahaja. Ahli senior (upline) berada di atas dan ahli baru (downline) mestilah berada di bawah. Mana mungkin ahli yang baru daftar boleh berada di atas. Walaupun begitu, ada satu plan MLM yang diharamkan oleh FATWA iaitu plan piramid yang dinamakan MATRIX. Untuk maklumat yang lebih lanjut Tuan boleh muat turun VCD berkaitan Plan Pemasaran di Malaysia yang diterangkan oleh seorang penggiat MLM di negara kita. VCD ini dirakam di satu seminar MLM dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan e-Dermawan cuma sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan kita semua. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun VCD (atau klik kanan dan pilih Save Target As...)

Pelan Pemasaran e-Dermawan adalah berbeza dengan plan piramid kerana kami menggunakan plan unilevel 10 kaki maksimum dan bukannya plan piramid (MATRIX). Antara kelebihan plan pemasaran kami adalah:

  1. Jika anda buat satu kaki sahaja pun sudah boleh menjana pendapatan. Jika anda buat maksimum 10 kaki, mestilah pendapatan anda lebih besar.
  2. Selepas anda menaja 10 orang, anda masih boleh menaja dengan cara spillover kepada downline anda yang belum berjaya menaja ahli baru. (sila rujuk Terma & Syarat)
  3. Dari segi pendapatan, tidak semestinya ahli senior / upline / Top Reseller mempunyai pendapatan yang lebih besar berbanding ahli baru (downline).
  4. Siapa yang rajin berusaha, dialah yang akan mendapat hasilnya.

Plan spillover yang kami gunakan untuk program ini sebenarnya bersesuai dengan konsep perniagaan kami yang ditulis di halaman utama "usaha menambah pendapatan di samping membantu sesama insan". Semua reseller memasarkan produk sambil membantu ahli bawahan mereka untuk berkembang. Ini merupakan satu cara kita mengembangkan perniagaan. Salahkah kami berniaga dengan maksud dan tujuan untuk membantu sesama insan? Lagi pula kami hanya mengenakan bayaran caj RM2 (sekarang RM5) sahaja bagi semua khidmat kami. Saya merasakan ini adalah caj yang termurah berbanding program lain di internet. Sebenarnya bayaran caj tersebut bukannya untuk mengaut keuntungan. Kami perlukan bayaran tersebut untuk membayar yuran domain name, web hosting, begitu juga dengan bil internet tiap-tiap bulan.

Sekali lagi saya tegaskan, kami tidak mengambil sebarang deposit haram (keuntungan dibayar terus kepada Reseller), tidak menipu, tidak terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya, tidak bertujuan menghasut orang untuk melabur, dan internet adalah saluran perniagaan kami. Bukan kerana kami menjalankan perniagaan di internet maka kami terlibat dengan saham internet yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi, mengapa Fix Deposit tidak diisytiharkan haram?

Sekian, Terima Kasih.


 

SOALAN 2

(dipetik dari Yahoo!Groups)

Assalamualaikum Sdr-Sdri,

Ada orang kata dengan modal RM 20 boleh dapat ratusan ribu dan ada yang kata boleh mencecah jutaan ringgit melalui program ini. Betul ke? Tahukah anda bahawa program seperti ini dah lama berada di pasaran, cuma formatnya berbeza? Dulu pakai flyer, letak di masjid-masjid dan surau-surau. Sekarang guna internet. Secara jujur, saya dah cuba berbagai program seperti ini sejak awal tahun 80an tapi hasilnya tidak gah sepertimana yang diwawarkan. Jika tak percaya, cubalah dan anda akan tahu sendiri. Sedikit masa lalu ada satu program yang dikatakan meletup-letup. Dengan modal RM 168.00 kita dijanjikan pulangan RM 68,000.00 secara berulang-ulang tanpa perlu cari downline sebab bisnes berkonsepkan auto-placement konon. Tak sampai 4 bulan, program pun gulung tikar!

:: Jawapan ::

Waalaikum mussalam.

Flyers yang diletak di masjid-masjid tu bukan hanya DAHULU, tapi SEKARANG pun masih ada. Cuba anda perhatikan, apakah barang dagangan yang ditawarkan? Tiada apa-apa, sekadar meminta derma... Apabila kita fotostat senarai nama tersebut, kita boleh tukar semua sekali... Tiada peraturan. Sebenarnya konsep perniagaan e-Dermawan adalah sama sahaja dengan perniagaan MLM di mana ada upline dan ada downline. Siapa yang mempunyai downline yang ramai, maka dia akan dapat bonus yang BESAR. Siapa yang downline sikit, maka sikit lah bonusnya. Siapa yang tak ada downline, maka tak ada lah bonusnya!

Apakah perbezaan MLM dengan e-Dermawan? semuanya SAMA melainkan senarai Upline didedahkan kepada umum kerana ahli baru mestilah membayar terus kepada akaun upline secara perkongsian keuntungan mengikut pelan pemasaran yang disediakan. MLM pula ahli baru bayar kepada syarikat dan syarikat agihkan mengikut pelan pemasaran. Di dalam e-Dermawan, semua pendaftaran dibuat secara online. Oleh itu, senarai didedahkan untuk memudahkan ahli baru membuat bayaran.

Bila kita dedahkan senarai upline, ada pulak yang mengatakan ni macam sistem derma surat berantai yang letak kat masjid / Program Wang Pos. - Tak sama tuan/puan. Kami jual e-books, surat kat masjid tu mintak derma, tak jual barang. Kalau anda katakan sama, maka MLM pun samalah macam minta derma sebab duit yang downline laburkan tu akan diagihkan kepada upline.

Modal RM168 - auto placement yang tuan/puan maksudkan tu sebenarnya adalah skim piramid (MATRIX). Saya dah jelaskan dalam soalan 1. Silalah muat turun VCD tu dan lihat sendiri. Kalau tak boleh "play", sila install codec ini klmcodec375.zip Sebab tu skim tersebut diharamkan oleh FATWA. Sekali lagi ditegaskan kami tidak buat plan macam tu. Kalau kami buat, sudah pasti Admin tidak akan mengenakan apa-apa caj pengurusan kerana pelan piramid memastikan Admin akan dapat sejumlah duit dahulu, kemudian barulah orang lain akan dapat. Ianya tidak sama dengan pelan unilevel, di mana siapa yang jual, dia dapat bonus.